Senarai LAGU RAYA Terbaru + POPULAR 2024



                                                            Lirik Lagu Raya Senario Seminggu Berhari Raya

                                                            Lirik Lagu Raya Senario Seminggu Berhari Raya

                                                            Kembali ke koleksi Lirik Lagu Raya


                                                            Raya pertama dengan keluarga
                                                            Ayah bonda maaf dipinta
                                                            Adik-adik senyum selamba
                                                            Sarung ada duit tak ada

                                                            Raya kedua dengan saudara
                                                            Mak Long Mak Ngah Fatimah Uda
                                                            Yang tua bersembang kisah lama
                                                            Yang muda mengadap TV aje

                                                            Raya ketiga ke rumah kawan
                                                            Bekas murid satu tingkatan
                                                            Terhibur hati tak dapat bayangkan
                                                            Riuh macam pasar ikan

                                                            ( korus )
                                                            Seminggu berhari raya
                                                            Kunjung mengunjung rumah terbuka
                                                            Jalinkan kasih sesama kita
                                                            Lupakan saja sengketa lama

                                                            Raya keempat yang istimewa
                                                            Ke rumah intan pujaan teruna
                                                            Tiba di halaman hatiku hampa
                                                            Kasut capal penuh di tangga

                                                            Raya kelima diajak teman
                                                            Jalan-jalan sampai ke pekan
                                                            Tengok wayang filem hindustan
                                                            Ayoyo duit habis belanja teman

                                                            Raya keenam rumah tok ketua
                                                            Harapan nak duit raya
                                                            Dihulur pula tabung derma
                                                            Balai yang baru nak dibina
                                                            Di mana!

                                                            ( ulang korus )

                                                            Raya ketujuh berihat saja
                                                            Esok puasa enam pula
                                                            Habis puasa sambung beraya
                                                            Selagi syawal masih ada
                                                            Lirik Lagu Raya Senario Seminggu Berhari Raya


















                                                            Lirik TradisionalLirik InggerisLirik P.RamleeLirik Lagu RayaLirik SudirmanLirik Jepun/KoreaLirik Melayu 90-an

                                                            Lirik Nusantara

                                                            No comments:

                                                            Post a Comment

                                                            Komen di sini

                                                            Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







                                                            Arkib