Senarai LAGU RAYA Terbaru + POPULAR 2024



                                                            Lirik Lagu RayaZaiton Sameon - Lebaran Yang Mulia

                                                            Lirik Lagu Raya Zaiton Sameon - Lebaran Yang Mulia

                                                            Zaiton Sameon

                                                            Lebaran Yang Mulia

                                                            Lambaian desa kian terasa
                                                            Memanggil pulang anak di rantau
                                                            Yang lama hilang entah ke mana
                                                            Di negeri orang

                                                            Hari raya yang akan menjelma
                                                            Seisi desa mendoakan
                                                            Kepulanganmu nanti
                                                            Lama di perjalanan

                                                            Berimbau rindu tidak terperi
                                                            Genap setahun Syawal kembali
                                                            Halaman rumah indah berseri
                                                            Disusun rapi

                                                            Bila takbir menjelma nanti
                                                            Aidilfitri mengundang sayu
                                                            Muslimin dan muslimat
                                                            Memuji Ilahi

                                                            ( korus )
                                                            Di lebaran yang mulia
                                                            Kita merayakan dengan hati yang suci
                                                            Di lebaran yang mulia
                                                            Penuh keasyikan tiada bandingannya

                                                            Usah dilupa insan yang malang
                                                            Ringankan tangan kita hulurkan
                                                            Seteguk rasa kasih dan sayang
                                                            Tanpa batasan

                                                            Agar sesama merasai
                                                            Kenikmatan di aidilfitri
                                                            Dengan hidangan yang berbagai rasa
                                                            Disediakan

                                                            Lirik Lagu Raya Lebaran Yang Mulia - Zaiton Sameon
                                                            k/w: Lirik Lagu Raya, Zaiton Sameon, lirik, Lebaran Yang Mulia

                                                            No comments:

                                                            Post a Comment

                                                            Komen di sini

                                                            Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







                                                            Arkib