Senarai LAGU RAYA Terbaru + POPULAR 2024



                                                            Lirik Lagu Senandung Sambal Tumis - Suhaimi mior Hassan

                                                            Suhaimi Mior Hassan

                                                            SENANDUNG SAMBAL TUMIS

                                                            Kusandarkan beg sekolahku pada kerusi
                                                            Lemah dan longlai kusalin pakaianku
                                                            Namun semua keletihan segera jauhkan diri
                                                            Bila kurasai sambal tumis ibu

                                                            Aku pun menuntut ilmu di tempat orang
                                                            Dan selalu saja aku dilanda rindu
                                                            Siang dan malam sering terkenang-kenang
                                                            Bila lagi kan kurasa sambal tumis ibu

                                                            c/o

                                                            Sambal tumis ikan bilis
                                                            Sambal belacan
                                                            Bersama petai celur
                                                            Panggang ikan haruan
                                                            Gulai tempoyak di musim durian
                                                            Sentiasa berpuisi dalam kenangan
                                                            Oooo...berpuisi dalam kenangan

                                                            Kini aku berada jauh di rantauan
                                                            Menjejakkan kaki di bumi asaing
                                                            Namun kerap saja aku berdendangan
                                                            Bersyair menghibur hati yang rungsing

                                                            c/o

                                                            Sambal tumis ikan bilis
                                                            Sambal belacan
                                                            Bersama petai celur
                                                            Panggang ikan haruan
                                                            Gulai tempoyak di musim durian
                                                            Sentiasa berpuisi dalam kenangan
                                                            Oooo...berpuisi dalam kenangan

                                                            Kini aku tersandar di pangkuanmu
                                                            Sambil menikmati senandung getah asli
                                                            Dan berharap agar kau
                                                            Segera hidangkan padaku
                                                            Sambal tumis ikan bilis
                                                            Yang sangat kuminati....

                                                            Lirik Lagu Suhaimi Meor Hassan - Senandung Sambal Tumis


                                                            k/w: Lirik Lagu, Suhaimi Meor Hassan, Senandung Sambal Tumis, lagu puisi,Lagu Lirik Sohaimi Meor Hassan, Koleksi Suhaimi Mior Hassan

                                                            No comments:

                                                            Post a Comment

                                                            Komen di sini

                                                            Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







                                                            Arkib