Senarai LAGU RAYA Terbaru + POPULAR 2024



                                                            Lirik Lagu Cherrina- KRU

                                                            KRU

                                                            Cherrina

                                                            Sungguh tidak ku sangka begini akhirnya
                                                            Atas kecuaianku dirinya tiada
                                                            Tak mungkin ku lupa peristiwa itu
                                                            Kini tinggal ku sendiri bertemankan pilu

                                                            Oh Rina! Dirimu amat ku rindu
                                                            Senyuman dan tertawamu dulu menghias duniaku
                                                            Kini tiada,tiada lagi
                                                            Kebahagian setelah dikau pergi
                                                            Selaluku doa agar kau bahagia
                                                            Bersama yang Esa tapi janganlah lupa
                                                            Ku masih cinta pada dirimu
                                                            Dengarkah kau Rina jeritan batinku

                                                            Dulu kau beri pedoman bila ku perlukan
                                                            Kau sedia membantu bila diriku tertekan
                                                            Inginku sampaikan seandainya kau dengar
                                                            Ku kehilanganmu..oh Cherrina

                                                            Ku rindu...Rina
                                                            Ku rindu
                                                            Ku rindu
                                                            Ku rindu

                                                            Tak mungkin dapat ku lupa gadis seistimewa
                                                            Walau seluruh dunia dapat ku teroka
                                                            Semoga tertutup pintu hatiku ini
                                                            Selepas dirimu takkan ku bercinta lagi
                                                            Hanya Tuhan yang tahu betapa seksa diriku
                                                            Tanpa kau di sisi siapalah diriku
                                                            Di dalam rindu terbayang dirimu
                                                            Diriku dirimu bersama di awan biru
                                                            Bila aku tersedar aku hanya bermimpi
                                                            Aku termenung sendiri pada malam yang sepi
                                                            Terkenang janji kita membina mahligai cinta
                                                            Kini hapuslah cinta sesudah kau tiada

                                                            Sudikah kau menantiku di pintu syurga
                                                            Kerana diriku masih lagi setia
                                                            Inginku sampaikan seandainya kau dengar
                                                            Ku kehilanganmu...Cherrina

                                                            Ku rindu...Rina
                                                            Ku rindu
                                                            Ku rindu
                                                            Ku rindu

                                                            Cherrina ketiadaanmu amat ku terasa
                                                            Apa dapatku katakan semuanya takdir
                                                            Semoga di suatu hari nanti
                                                            Kita akan bersama...Cherrina
                                                            irik Lagu Cherrina- KRU

                                                            No comments:

                                                            Post a Comment

                                                            Komen di sini

                                                            Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







                                                            Arkib