Senarai LAGU RAYA Terbaru + POPULAR 2024



                                                            Lirik lagu Koleksi Gemilang Jaclyn Victor

                                                            Jaclyn Victor

                                                            Lirik Koleksi Gemilang :

                                                            Kini gemilang itu semakin pasti ku genggam
                                                            Gemilang suara keyakinan kian dalam
                                                            Gementar harus jangan jiwaku harus bertenaga
                                                            Mungkinkah ini menjadi realiti

                                                            Bercinta sudah lama
                                                            Berkasih dan bermesra

                                                            Biar bertahun masa beredar
                                                            Satu wajah satu nama takkan pudar

                                                            Maafkanlah oh...
                                                            Andai lagu ini mengganggu ruangan hidupmu

                                                            Kau kebanggaan kita
                                                            Kau budayawan bangsa
                                                            Kau.. Lah lagenda

                                                            Cintaku bukan di atas kertas
                                                            Cintaku getaran yang sama
                                                            Tak perlu di paksa
                                                            Tak perlu dicari
                                                            Kerana ku yakin ada jawabnya

                                                            Akan ku bawa
                                                            Kau mengembara
                                                            Menerokai alam asmara
                                                            Mengubu kota cinta kita

                                                            Hati membeku mengingatkan
                                                            Kata janji manismu... Oh...

                                                            Walau kita dihadapkan
                                                            Dengan berbagai pilihan
                                                            Mengapa sering terjadi
                                                            Pilihan tak menepati

                                                            Dia Isabella
                                                            Lambang cinta yang lara
                                                            Terpisah kerana adat yang berbeza
                                                            Cinta gugur bersama
                                                            Daun daun kekeringan...

                                                            Ku menghimpun doa bertahun
                                                            Mencari pepohon nan rimbun
                                                            Bertemu dahan yang rapuh
                                                            Tempat ku berteduh

                                                            Gugusan hari-hari
                                                            Indah bersamamu
                                                            Kamelia

                                                            Akan ku sahut namamu oh sayang
                                                            Sewaktu ku kesunyian...

                                                            Gemerlapkan jiwa
                                                            Semikanlah cinta
                                                            Semoga kau dan aku
                                                            Akhirnya bersama
                                                            Aku kan menunggu
                                                            Walaupun seribu tahun lagi

                                                            Suatu hari nanti
                                                            Pastikan bercahaya
                                                            Pintu akan terbuka
                                                            Kita langkah bersama
                                                            Di situ kita lihat
                                                            Bersinarlah hakikat
                                                            Debu jadi permata
                                                            Hina jadi mulia

                                                            Untukmu akan ku semaikan
                                                            Cinta yang sejati tiada bandingan
                                                            Dalam kerinduan ku sendiri
                                                            Dalam kesyahduan kita hadapi
                                                            Warisan wanita terakhir
                                                            Jiwa raga ku serah
                                                            Kau ingin milik segalanya

                                                            Tinggal kenangan
                                                            Gagal segala impian
                                                            Tinggal bertanya
                                                            Erti sejati

                                                            Di sana hanyalah menanti
                                                            Sampai bila pun ku tak pasti
                                                            Bertanya khabar melalui tinta
                                                            Jarang sekali bertemu muka
                                                            Namun ku tahu dia...

                                                            Kau kekasih awal dan akhir
                                                            Kau kekasih zahir dan batin

                                                            Engkau pun tahu niatku
                                                            Tulus dan suci

                                                            Sebuah cinta dan harapan
                                                            Menjadi debu berterbangan

                                                            Andai di pisah
                                                            Laut dan pantai
                                                            Musnahlah ilham
                                                            Hilang pedoman

                                                            Oh... Oh...Mengapakah
                                                            Terus mengharap menanti
                                                            Walau cukup ku sedari
                                                            Kau takkan kembali

                                                            Dingin malam tirai kenanganku
                                                            Menyerlahkan sekurun ingatan
                                                            Terciptalah rimba kehidupan
                                                            Percintaan dalam perjuangan

                                                            Sesungguhnya kau ku sanjung tinggi
                                                            Bererti hanya kau di hati
                                                            Sayangnya kejernihan cinta
                                                            Yang mencermin setia
                                                            Kau keruhkan warnanya

                                                            Di antara gadis-gadis seluruh dunia
                                                            Tiada yang sehalus mulus
                                                            Oh setulus dia
                                                            Di antara gadis-gadis seluruh dunia
                                                            Tiada yang sehalus mulus
                                                            Oh setulus dia

                                                            Kini gemilang itu semakin pasti ku genggam
                                                            Gemilang suara keyakinan kian dalam
                                                            Gementar harus jangan jiwaku harus bertenaga
                                                            Mungkinkah ini menjadi realiti


                                                            Lirik lagu Koleksi Gemilang Jaclyn Victor

                                                            Lirik lagu Jaclyn Victor Koleksi Gemilang

                                                            No comments:

                                                            Post a Comment

                                                            Komen di sini

                                                            Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







                                                            Arkib