Senarai LAGU RAYA Terbaru + POPULAR 2024



                                                            Lirik Lagu Negatif - KRU

                                                            KRU

                                                            Negatif

                                                            Lihatlah oh dunia
                                                            cara ku yang berbeza
                                                            Bukan niatku menyinggung sesiapa
                                                            Seringkali ditanya
                                                            Barat atau Timur
                                                            Yang jadi ikutan dan pilihanku
                                                            Keduanyaa penting bagiku
                                                            Namun yang pasti aku adalah aku
                                                            Antara citarasa dan budaya

                                                            Mungkin kata-kataku sinis
                                                            Tak bererti ku egois
                                                            Mengapa sensitif
                                                            Yang remeh dipropaganda
                                                            Bagai satu dosa
                                                            Tergamam diamku menggeleng kepala
                                                            Walau kau lihat ku begini
                                                            Tak pernah ku lupa agama dan budaya
                                                            Citarasa kita nyata berbeza-beza

                                                            ( korus )
                                                            Setiap generasi
                                                            Punya citarasa sendiri
                                                            Gaya nan terkini
                                                            Irama muda-mudi
                                                            Fikir cara terbuka
                                                            Jangan pandang negatif saja
                                                            Inilah masaku
                                                            Biarku dengan 'jeans' biruku

                                                            Apa kena mengena
                                                            Gaya dan budi pekerti
                                                            Sesungguhnya ku benci hipokrasi
                                                            Ku punya personaliti
                                                            Identiti tersendiri
                                                            Mengapakah niatku di salah erti
                                                            Ini bukan lagu protes
                                                            Gunakan mentaliti apa tersirat di sini
                                                            Yang penting kita sama-sama menghormati

                                                            ( ulang korus )

                                                            Antara citarasa dan budaya
                                                            Citarasa kita nyata berbeza-beza
                                                            Yang penting kita sama-sama menghormati

                                                            ( ulang korus )
                                                            Lirik Lagu Negatif - KRU

                                                            No comments:

                                                            Post a Comment

                                                            Komen di sini

                                                            Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







                                                            Arkib