Senarai LAGU RAYA Terbaru + POPULAR 2024



                                                            Lirik Lagu Balqis - Unic

                                                            Balqis
                                                            Artist: UNIC lyrics
                                                            Album: Satu Tekad
                                                            Song Category: Nasyid

                                                            Engkaulah ratu di mahligai permata
                                                            Istana bayangan syurga
                                                            Harta dan takhta mengaburi mata
                                                            Tersesat dikau di terang cahaya
                                                            Langsung tidak kau endah kata bicara
                                                            Utusan hud-hud yang benar

                                                            Seruan mengajakmu taat Yang Esa
                                                            Tinggalkan menyembah Tuhan sang suria
                                                            Balqis, kau bijak dalam menilai dan membuat
                                                            pemilihan
                                                            Di antara yang sementara dan yang kekal buat
                                                            selamanya
                                                            Keindahan dunia yang hanya pinjaman untuk
                                                            seketika
                                                            Atau kebahagiaan hidup di akhirat yang
                                                            dijanjikan-Nya
                                                            Tak perlu kau singkapi labuh kainmu
                                                            Ketika kau melangkah ke istana Sulaiman
                                                            Bukannya air yang kau pijak tapi kaca
                                                            Terpedaya dikau dek kemilau sinarnya
                                                            Hanya sekelip mata mahligaimu pun beralih
                                                            Ifrit memindahkannya tanpa kau sedari
                                                            Kebijaksanaan Sulaiman telah merubah sekeping
                                                            hati
                                                            Akhirnya Balqis akur juga akan kelemahan
                                                            pada diri
                                                            Kau kutip iktibar dari apa yang telah engkau
                                                            lalui
                                                            Menjadikan kau isteri yang taat kepada
                                                            seorang nabi
                                                            Pangkat dan jua harta tak menjamin bahagia
                                                            Cantik dan keayuan wajah kan pudar akhirnya
                                                            Kemiskinan di dunia tak bererti kau terhina
                                                            Itu hanya di pandangan mata
                                                            Kemewahan tidak bermakna hidupmu
                                                            akan sentosa
                                                            Kesempurnaan, Tuhan menilainya...

                                                            Lirik Lagu Balqis - Unic
                                                            Lirik Lagu Unic - Balqis

                                                            7 comments:

                                                            1. sedih kalau dihayati kisah ini kerana sungguh besar kemuliaan allah dan kekuasaan allah

                                                              ReplyDelete
                                                            2. sedih kalau dihayati kisah ini, sungguh besar kekuasaan allah dan nikmat allah yang diberikan kepada nabi sulaiman alaihissalam

                                                              ReplyDelete
                                                            3. sedih kalau dihayati kisah ini kerana sungguh besar kekuasaan allah dan nikmat allah yang dikurniakan kpd nabi sulaiman alaihissalam

                                                              ReplyDelete
                                                            4. lgu nie membri sya pngthuan lbh lnjt tntng ksh di antra ratu blqis dan nabi sulaiman

                                                              ReplyDelete
                                                            5. Rasa x setuju dgn lirik ifrit pindah singgahsana puteri Balqis,setahu sy yg xpndai,dlm kitab2 yg sy tgk,rasa yg pindahkan i2 manusia Insan bkn Jin Ifrit.. Manusia abid pindahkan sblum mata Nabi Allah Sulaiman A.s berkedip, ifrit nk pndah istana sbelum Nabi Sulaiman A.s duduk.. ~Rafshanjani~

                                                              ReplyDelete
                                                            6. kerana lagu ini aku berubah...

                                                              ReplyDelete
                                                            7. Sedih gak dengar lagu nie...

                                                              ReplyDelete

                                                            Komen di sini

                                                            Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







                                                            Arkib