Senarai LAGU RAYA Terbaru + POPULAR 2024



                                                            lirik lagu Joget Mengidam Rindu Noraniza Idris

                                                            Noraniza Idris

                                                            lirik Joget Mengidam Rindu :

                                                            Periuk kera gunung serapi
                                                            Kayu jarun teras belikat
                                                            Gundah gulana tiada terperi
                                                            Dilamun rindu dendam melarat

                                                            Lagi-lagi dilayan
                                                            Nanti mati berangan
                                                            Beroleh padah tenung makrifat

                                                            Peluk-peluk lah bantal bang
                                                            Dipeluk bantal
                                                            Bantal dipeluk ganti dirinya
                                                            Kelat-kelat mengkudu
                                                            Bercinta sama begitu
                                                            Meskipun kelat ada khasiatnya

                                                            Dagang-dagang Kota Melaka
                                                            Burung nuri dari Makasar
                                                            Dagang-dagang Kota Melaka
                                                            Burung nuri dari Makasar
                                                            Sekira tuah jodohnya ada
                                                            Masakan lari gunung dikejar

                                                            Lagi-lagi diburu
                                                            Lagi cepat cemburu
                                                            Nanti tersepuk mengetis tikar

                                                            Cubit-cubit si juah dik
                                                            Dicubit juah
                                                            Juah dicubit berpada-pada
                                                            Lemak-lemak ketupat
                                                            Nak geram biar bertempat
                                                            Terlampau lemak bilang lazatnya

                                                            ( korus )
                                                            La Di La La La
                                                            Mari bergurau mari bersenda
                                                            La Di La La La
                                                            Marilah tuan marilah nona
                                                            Lenggang kanan lenggang kiri
                                                            Joget mengidam rindu

                                                            Colek-colek buah mempelam
                                                            Ngidam-ngidam suri mengandung
                                                            Colek-colek buah mempelam
                                                            Ngidam-ngidam suri mengandung
                                                            Biar terbalik biarpun tenggelam
                                                            Kerana cinta kasih disanjung

                                                            Lagi-lagi diasuh
                                                            Lagi sering mengeluh
                                                            Hai makan hati berulam jantung

                                                            Belai-belai lah gambar bang
                                                            Dibelai gambar
                                                            Gambar dibelai mimpi yang singgah
                                                            Sengat-sengat sembilang
                                                            Berdenyut malam dan siang
                                                            Disengat rindu hai lebih parah

                                                            La Di La La La
                                                            Mari bergurau mari bersenda
                                                            La Di La La La
                                                            Marilah tuan marilah nona
                                                            Lenggang kanan lenggang kiri
                                                            Joget mengidam rindu

                                                            lirik lagu Joget Mengidam Rindu Noraniza Idris
                                                            lirik lagu Noraniza Idris Joget Mengidam Rindu

                                                            No comments:

                                                            Post a Comment

                                                            Komen di sini

                                                            Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







                                                            Arkib