Senarai LAGU RAYA Terbaru + POPULAR 2024



                                                            Lirik Lagu Kasih Berkalih Tuju Elyana

                                                            Elyana

                                                            Lirik Kasih Berkalih Tuju :

                                                            Puas Saling Bersabung Kata
                                                            Bak Keris Yang Bertikaman
                                                            Sesama Menyalah Menghukum..Menyiksa..
                                                            Berkubang Dalam Bendang Waktu
                                                            Perasaan Terhimpun Menjadi Dendam
                                                            Umpama Tertutup Pepintu Merujuk

                                                            Kasih Berkalih Tuju
                                                            Hati Tak Seiring Dulu..
                                                            Terputus Sudah Ikatan
                                                            Dipisah Garis Sempadan Jiwa

                                                            Terapung-apung Kekeliruan
                                                            Bagaimana Keadaan Sebegini
                                                            Dahulu Sentosa
                                                            Kininya Gelora

                                                            Kasih Berkalih Tuju
                                                            Hati Tak seiring Dulu
                                                            Terputus Sudah Ikatan
                                                            Dipisah Garis Sempadan
                                                            Telah Tewas Diuji Masa

                                                            Menyelami Jauh Dasar Hati
                                                            Ku Mencari Kilau Cahaya Jawapan
                                                            Adakah Sesia Segala Yang Lalu??

                                                            Kasih Berkalih Tuju
                                                            Hati Tak Seiring Dulu
                                                            Terputus Sudah Ikatan
                                                            Dipisah Garis Sempadan Jiwa Raga

                                                            Cinta Berakhir Disini
                                                            Takdirnya Kita begini
                                                            Andai Cuba Harungi Jua
                                                            Hanyalah Menongkah Arus

                                                            Cinta Berakhir Disini
                                                            Takdirnya Kita begini
                                                            Kau dan Aku Hanya Menumpang Bahtera
                                                            Yang Bukannya Milik Kita


                                                            Lirik Lagu Kasih Berkalih Tuju Elyana
                                                            Lirik Lagu Elyana Kasih Berkalih Tuju

                                                            No comments:

                                                            Post a Comment

                                                            Komen di sini

                                                            Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







                                                            Arkib