Senarai LAGU RAYA Terbaru + POPULAR 2024



                                                            Anugerah Grammy tidak berprestij lagi?

                                                            ANUGERAH Grammy ke-52 yang berlangsung di Staples Centre, Los Angeles, Amerika Syarikat masih lagi hangat diperkatakan. Sebagai sebuah anugerahan muzik terbesar, kesannya masih terasa dan mungkin akan berlarutan untuk beberapa minggu lagi.

                                                            Kemenangan enam trofi oleh Beyonce sememangnya menjadi topik hangat sebaik sahaja Grammy melabuhkan tirainya. Dia menjadi penyanyi wanita pertama yang meraih trofi sebanyak itu dalam satu malam.

                                                            Bukan sahaja Beyonce, kemenangan Taylor Swift untuk Album Terbaik dan tiga lagi anugerah juga masih lagi menjadi bualan ramai.

                                                            Lady Gaga juga apa kurangnya apabila berjaya meraih dua trofi dan tampil dengan gaya pelik yang sudah menjadi identitinya sejak bergelar penyanyi.

                                                            Namun begitu, ramai mula melihat Grammy semakin hilang prestijnya hanya kerana pemenang yang dipilih dibuat berdasarkan populariti dan bukannya kerana kualiti penerbitan sesebuah album.

                                                            Ini dapat dilihat pada kemenangan Taylor pada malam Ahad lalu apabila albumnya, Fearless dinobatkan sebagai Album Terbaik.

                                                            Manakan tidak, album Fearless merupakan album yang paling tinggi jualannya untuk tahun 2009 dengan mencatatkan penjualan sebanyak 5.4 juta salinan di Amerika Syarikat.

                                                            Kemenangan Beyonce untuk kategori Lagu Terbaik turut dipersoalkan hanya kerana lagu tersebut telah mendominasi carta-carta popular sepanjang tahun lalu.

                                                            Jika benar soal populariti menjadi kriteria utama dalam pemilihan pemenang Grammy, maka ia sudah lari daripada matlamat asal penganjuran anugerah itu sendiri.

                                                            Kata mereka, Grammy mahu mengiktiraf hasil kerja berdasarkan nilai-nilai artistik serta sudut teknikal yang membawa kepada kecemerlangan secara keseluruhan.

                                                            Bukan itu sahaja, pemenang yang dipilih juga bukanlah berdasarkan kepada penjualan album mahupun kedudukan sesebuah karya itu dalam carta popular.

                                                            Dalam aspek lain, setiap artis yang memenangi Grammy mampu membuka pintu yang lebih besar untuk kerjaya mereka.

                                                            Antaranya peluang penajaan untuk konsert, menjadi duta produk, bekerjasama dengan mereka yang terbaik serta terbilang selain peluang-peluang yang dapat terus menjulang mereka ke mercu kejayaan.

                                                            Mungkin ada kebenarannya dengan pemilihan pemenang-pemenang tersebut yang dilihat sebagai satu strategi untuk menarik perhatian khususnya golongan muda menonton Grammy.

                                                            Buktinya, Grammy tahun ini berjaya mencatatkan rating sebanyak 25.8 juta orang dan pencapaian itu merupakan yang terbaik sejak enam tahun lalu.

                                                            Angka itu turut memperlihatkan peningkatan sebanyak 35 peratus berbanding tahun lalu dan kejayaan itu dikatakan ada kaitannya dengan pemilihan pemenang pada malam itu.

                                                            Bukan tidak pernah terjadi sebelum ini dan bukan hanya pada anugerah Grammy sahaja, tetapi ia turut berlaku pada acara Oscar dan anugerah besar lain.

                                                            Mereka melihat soal pemenang memainkan peranan cukup penting untuk mendapatkan jumlah penontonan yang tinggi.

                                                            Hari ini sudah jauh berubah berbanding dahulu dan harus diakui, soal populariti memainkan peranan penting dalam mana-mana anugerah yang diadakan.

                                                            Peminat hari ini mahu sesuatu yang lebih relevan kepada kehidupan serta minat mereka dalam menikmati muzik dan hiburan.

                                                            Kerana itu jugalah, kalau dilihat secara teliti kepada Grammy kali ini, nama-nama yang dipilih semuanya memiliki kekuatan populariti yang cukup hebat.

                                                            Beyonce, Pink, Black Eyed Peas, Dave Matthews Band dan kumpulan country, Lady Antebellum diberi peluang mengadakan persembahan secara solo.

                                                            Aapa yang menariknya, setiap mereka menampilkan persembahan berbeza daripada kelaziman mereka sebelum ini.

                                                            Kelainan kali ini yang menyumbang kepada peningkatan rating ialah persembahan artis baru dan lama yang dilihat sebagai salah satu faktor untuk memancing penonton.

                                                            Antara persembahan gabungan yang mendapat tepukan gemuruh ialah Taylor dan idolanya, Stevie Nicks.. Lady Gaga bersama Sir Elton John dan kumpulan Green Day yang membuat persembahan dengan ensemble teater muzikal, American Idiot.

                                                            Selain itu, gandingan Bon Jovi dengan penyanyi country, Jennifer Nettles, Jamie Foxx bersama-sama T-Pain, Slash dan Doug E. Fresh serta persembahan menakjubkan Mary J. Blige bersama Andrea Bocelli menerusi lagu Bridge Over Troubled Water turut mendapat tepukan penghormatan.

                                                            Namun, persembahan tribute untuk Michael Jackson oleh Celine Dion, Usher, Carrie Underwood, Jennifer Hudson dan Smokey Robinson menerusi lagu Earth Song antara yang paling ditunggu malam itu.

                                                            Ditambah dengan elemen 3D yang pertama kali ditampilkan untuk Grammy menjadikan persembahan mereka begitu bermakna.

                                                            Sungguh menarik apabila melihat nama-nama ini bergabung di atas pentas meskipun genre muzik yang mereka bawakan berbeza.

                                                            Biarpun Grammy sudah melabuhkan tirainya, apa yang pasti perdebatan akan terus berlaku sehinggalah Grammy ke-53 pula membuka tirainya tahun depan.

                                                            Sumber: Utusan Online 4/2/10

                                                            No comments:

                                                            Post a Comment

                                                            Komen di sini

                                                            Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







                                                            Arkib