Senarai LAGU RAYA Terbaru + POPULAR 2024



                                                            Sinopsis filem CUTI-CUTI CINTA

                                                            Sinopsis filem CUTI-CUTI CINTA lakonan Nora Danish dan Farid Kamil

                                                            Sinopsis: Cuti-cuti Cinta mengisahkan Eava Ealiana lakonan Nora Danish merupakan seorang pengarah wanita disebuah syarikat produksi milik bapanya, Tan Sri Zaini. Selaku anak tunggal kesayangan bapanya, Eava ditatang bagai minyak yang penuh.Hidupnya dihujani dengan penuh kasih sayang dan kemewahan. Setelah dewasa, Eava yang berpendidikan luar negeri mengambil alih syarikat ayahnya. Eava merupakan seorang yang terlalu cerewet tentang segala-galanya. Namun lebih teruk, dia sombong dan suka membangga diri. Dia juga suka berleter jika tidak puas hati dengan sesuatu hal. Sikapnya yang sangat tegas menyebabkan pekerja-pekerjanya lebih takutkan Eava berbanding ayahnya.
                                                            Mahu dijadikan cerita, bapa Eva iaitu Tan Sri Zaini mempunyai seorang kawan rapat. Namanya Datuk Hamzah. Dia mempunyai seorang anak lelaki bernama Remy. Seperti Eava yang juga mempunyai kelemahan, Remy ini pula seorang playboy dan kerja sepenuh masanya ialah cuma menghabiskan harta ayahnya sahaja. Atas tujuan perniagaan dan niat Datuk Hamzah membolot harta Tan Sri ZainiRemy dan Eava disatukan. APa terjadi? Berjayakah hubungan mereka. Atau adakah Eava dan bapanya tahu niat buruk mereka. Saksikan filem komedi romantik in di pawagam. Atau dapatkan VCD tulen di pasaran..

                                                            TRAILER CUTI-CUTI CINTA:



                                                            Pelakon: Nora Danish
                                                            Farid Kamil

                                                            TAgs: Sinopsis CUTI-CUTI CINTA, Cuti-cuti Cinta OST, Nora Danish Cuti-cuti Cinta, Trailer Cuti-cuti Cinta, Review Filem Cuti-cuti Cinta,

                                                            No comments:

                                                            Post a Comment

                                                            Komen di sini

                                                            Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







                                                            Arkib