Senarai LAGU RAYA Terbaru + POPULAR 2024



                                                            Pemenang ASK 2014, Adik Puteri Balqis Cipta Kejutan Lagi!

                                                            Tercalon Di Peringkat Antarabangsa

                                                            Hebat! Inilah yang dikatakan orang kecil-kecil cili api. Setelah mencipta fenomena memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik dalam ASK 2014 minggu lalu, kini adik Puteri Balqis mencipta kejutan lagi, Kali ini dia mendapat pencalonan di dalam Asian Television Award 2014 bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik yang akan diadakan di Singapura 11 Disember depan.

                                                            Apa komen bapa Puteri Balqis?

                                                            "Saya agak terkejut dengan berita ini. Benar-benar tak sangka. Saya hanya diberitahu Erma sehari selepas ASK2014 berlangsung bahawa dia ada menghantar nama Balqis untuk anugerah ini. Alih-alih dia dicalonkan pula.

                                                            "Saya teruja dan Balqis sendiri pasti terharu kerana selepas di Malaysia, namanya dicalonkan pula di peringkat Asia. Ia lembaran baru buatnya untuk dititip sebagai pengalaman berharga. Kalau dia ditakdirkan menang, ia satu bonus kerana dapat mengharumkan nama Malaysia." 

                                                            "Bersyukur ke atas hadrat Ilahi atas kejayaan itu. Bagi kami, Balqis melihat dunia seni sebagai ruang untuk melontar bakat yang ada dalam dirinya,"


                                                            "Terpulanglah kepada yang menyangkal kemenangannya. Di dalam pertandingan biasalah menjadi lumrah kerana pasti pemenang dan yang tewas. Yang tewas tak bererti mereka tak bagus. Kami terima kejayaannya sebagai rezeki," katanya.

                                                            Tahniah! Harap Balqis dapat harumkan nama Malaysia:)

                                                             Pilihan Berkaitan:



                                                            Tags:Puteri balqis, ASK 2014

                                                            No comments:

                                                            Post a Comment

                                                            Komen di sini

                                                            Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







                                                            Arkib